Khamis, 29 Mac 2012

~ PeNguRuSaN SiSa PePeJaL ~











Kepesatan Pembangunan yang semakin rancak di Malaysia




Pertambahan penduduk yang membimbangkan

          Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia telah memberi satu kesan tersembunyi dalam skenario masyarakat hari ini iaitu penghasilan sampah sarap domestik. Keadaan ini menuntut komitmen yang berterusan khususnya pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan sistem pelupusan sisa pepejal domestik yang efektif. Walaubagaimanapun, komitmen ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan semata-mata, malahan ia memerlukan perhatian dan kerjasama seluruh masyarakat bagi memastikan keberkesanannya.

Berdasarkan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) 2007, (Akta 672), sisa pepejal termasuklah apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses. Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak dan apa-apa bahan lain yang mengikut akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan.
Pengurusan sisa pepejal pula ditakrifkan sebagai suatu pengurusan yang berkaitan dengan pengendalian penjanaan, penyimpanan, pemungutan, pemindahan dan pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sisa pepejal yang berkesan dan teratur di mana ianya mengambil kira kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan , pemuliharaan, estetika dan mempertimbangkan kesan kepada alam sekitar termasuk juga tanggungjawab terhadap sikap masyarakat.
Penglibatan secara umum di kalangan masyarakat merupakan suatu prasyarat untuk kejayaan sesuatu polisi atau keputusan  yang dibuat dan menjadi dasar untuk satu urus tadbir alam sekitar yang telus, terbuka serta demokratik (Era Hijau, 2007). Penyertaan masyarakat ini merupakan penglibatan atau menceburkan diri dalam apa-apa aktiviti alam sekitar tanpa sebarang paksaan atau secara sukarela. Di samping itu, penglibatan masyarakat terhadap sesuatu pengurusan alam sekitar misalnya pengurusan sisa pepejal akan berupaya membantu kerajaan mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan dengan mengambil kira pendapat, nilai, idea dan maklumat mengenai suasana persekitaran secara langsung daripada pihak masyarakat sendiri.


Sampai bila kita hanya bergantung kepada tapak pelupusan sampah???




R&D yang lebih banyak seharusnya dijalankan oleh pakar-pakar khususnya dalam bidang akademik. :)




Kitar semula merupakan salah satu jalan alternatif yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.




Pengkomposan??? kaedah ini juga sepatutnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk membendung masalah sisa pepejal ini.

sampai jumpa lagi di lain entry. insyaAllah...
salam jumaat =)

 

~ SiSa PePeJaL iTu SaMPaH ~



PUTATAN: Penduduk Kampung Petagas di sini digesa untuk meningkatkan kesedaran mengenai tahap kebersihan lebih-lebih lagi masalah pembuangan sampah di kawasan itu.

          Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata penduduk di situ seharusnya menanam sikap kerjasama bagi memastikan kebersihan terus terpelihara dan tidak membiarkan masalah sampah sarap berleluasa tanpa pemantauan.

          Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas berkata demikian ketika mengulas lokasi pembuangan sampah di kampung berkenaan yang tidak terjaga dan sehubungan itu, beliau menggesa ketua kampung dan ahli jawatankuasanya mengadakan perbincangan segera bagi mengatasi masalah berkenaan.

          Tempat pembuangan sampah yang tidak jauh dari lokasi Dewan Serbaguna Petagas itu kini semakin berselerak dan perlu diambil tindakan segera.

          “Kita mahu menasihatkan para penduduk agar bersikap menjaga kebersihan. Masalah pembuangan sampah secara berleluasa sehingga mengotorkan kawasan ini boleh menjejaskan imej.

          “Lantaran itu, kita menggesa agar ketua kampung dan penduduk di sini mengadakan mesyuarat segera bagi mencari tempat baru dan meminta kerjasama Majlis Daerah Putatan untuk memungut sampah-sampah bertaburan ini,” katanya.

          Menjawab pertanyaan sama ada sampah di situ adalah perbuatan masyarakat luar kawasang kampung terbabit, Yahya berpendapat ia bersangkut paut dengan sikap penduduk di situ kerana gagal mengamalkan sikap mengutama kebersihan.

          “Orang luar tidak akan datang ke mari untuk membuang sampah mereka selagi penduduk mengamalkan kebersihan di samping tidak membiarkan kawasan pembuangan sampah berselerak,” katanya.

          Tegasnya, beliau sudah berulangkali memberi peringatan kepada penduduk khusus bagi di daerah berkenaan untuk menanam sikap menjaga kebersihan demi menaikkan imej Putatan sebagai kawasan bersih dan selamat dikunjungi.

          “Saya sudah berulangkali mengingatkan penduduk (Putatan) untuk menjaga kebersihan kerana mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa kawasan ini bukan untuk membuang sampah sesuka hati,” katanya ketika melakukan lawatan ke Kg Petagas kelmarin.


          Dalam lawatan itu, Yahya turut berkesempatan menyempurnakan Majilis Penyerahan Bantuan Zink dan Beruti kepada mangsa ribut baru-baru ini, Saiman Duli, di kediamannya.
Peruntukan berkenaan adalah di bawah Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Putatan sebanyak RM1,000.

Ahad, 18 Mac 2012

Ada Apa Dengan Empangan Bakun???

 
 
 
 


KUCHING: ‘Ujian kebolehupayaan’ Empangan Hidro Elektrik Bakun (Empangan Bakun) akan diadakan hari ini (6 Julai) sebelum tenaga elektrik empangan itu dikormersial pada 6 Ogos ini, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Hidro Sdn Bhd, Zulkiflie Osman.
Beliau menambah ‘ujian kebolehupayaan’ adalah fasa terakhir pelbagai ujian percubaan sebelum langkah komersialisasi dapat dilaksanakan dalam tempoh sebulan lagi.

“Jika semuanya berjalan dengan lancar, kita boleh menjangkakan tenaga dari Empangan Bakun akan dipindahkan ke sistem grid SESCo selepas ‘ujian kebolehupayaan’ ini dilaksanakan, iaitu 6 Ogos nanti,” katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Infrastruktur Asia yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam. Zulkiflie menambah, beliau bersama 20 pakar tempatan dan enam dari negeri luar kini sedang memantau keadaan di empangan berkenaan sebelum turbin pertama dijangka menjana tenaga awal bulan depan.

“Semuanya perlu dilakukan dan dipantau dengan penuh berhati-hati kerana sebarang kesilapan boleh menyebabkan halangan besar yang mesti dielakkan daripada berlaku,” tegasnya tanpa menjelaskan lanjut ‘halangan besar’ itu. Tenaga yang dihasilkan daripada Empangan Bakun itu kelak akan disalurkan ke projek-projek jimat tenaga di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Salah satu projek gergasi yang akan dilaksanakan di SCORE ialah industri melebur aluminium, pulpa dan kertas serta pengeluaran kepingan gelas.

Zulkifle, menambah Empangan Bakun mempunyai lapan turbin bersaiz besar dan mampu mengeluarkan 2,400 megawatt (MW) sebaik ia beroperasi sepenuhnya tahun depan. Sementara itu, Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika menyampaikan ucapan penggulungnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata kerajaan negeri menerusi SEB berjaya mendapat hak pemilikan ke atas Empangan Bakun daripada kerajaan pusat menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 30 tahun pada 1 Jun 2011. Menerusi PPA itu ujarnya SEB menjual tenaga elektrik dari Empangan Bakun pada 6.25 sen per kilowatt dengan peningkatan tahunan sebanyak 1.5 peratus.Taib yang juga Menteri Pengurusan dan Perancangan Sumber berkata Empangan Bakun yang bernilai RM7.2 bilion adalah langkah penting dalam pembangunan SCORE.


::jelasnya di sini walaupun pembinaan projek empangan bakun ini mendatangkan impak negatif dan reaksi yang pelbagai daripada penduduk setempat, namun secara triologinya pembinaan projek ini harus dijalankan juga kerana ianya merupakan langkah yang dilakukan dalam usaha untuk membangunkan SCORE.





campur tangan politik??? i guess......

Isnin, 12 Mac 2012

~ M.A.L.A.S ~

malas????
adakah saya sorang pemalas???
ada apa dengan kemalasan???
aishhhh knapa saya sngt malas di malam ini?
adakah kerna xdaa roomate di bilik pada malam ini?
ttp bukankah bilik sy bilik single?
adeh.... mo jwb soalan pun saya malas...

adakah sy perlu menjadi seperti kucing yang sedang bermalas-malasan seperti ini:

 tp kiut jg kan...
atau buat muka seperti adik yang kiut ini...



huhuhu..... ini bikin takut..
nampak gayanya entry yang sepatutnya bertemakan globalisasi ini mungkin akan terkubur begitu saja sekiranya sifat MALAS ini tidak dibuang ke sungai petagas.....
opsss sory sengaja bg femes sikit nama kampung sy...

khaty khaty khaty.. (ku menyeru sifat rajinmu ituu syg)
buat2 la kerja rumah sikit k..
ulangkaji EIA ka...
buat entry pasal globalisasi ka, buat abstrak ka...
siapkan tesismu ka...(amaran keras di sini: jgn perasan spt anda hanya tinggal utk membukukannya ya!)
jadi untuk itu........


dgn harapan selepas siap entry ini, saya akan RAJINNNNNN!!
sebelum itu, marilah kita bersama2 membaca surah al-Nas, spy hilang2 sikit penghasut yg ada dalam diri..


'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (Wahai Muhammad):
' Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia.
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia'

Amin Ya Rabbal Alamin...
nite peepsssss (bukan maksud untuk tidur ya... ) ='P

Ahad, 11 Mac 2012

~Takrif Globalisasi dan impaknya kepada kaum Hawa~

Kesannya Ke Atas Wanita

Marilah kita menganalisa keadaan ini dan kupas erti sebenar globalisasi. Juga mengapa pendekatan baru perlu diberi kepada istilah globalisasi dan mengupas kesannya ke atas wanita. PENITA telah melakukan tinjauan atas tiga persoalan :
Apakah maksud globalisasi?

Apakah keadaan dan kesan semasa globalisasi?

Apakah kesannya globalisasi terhadap kaum wanita?

Maksud Globalasiis

Tinjauan PENITA menunjukan globalisasi mempunyai pelbagai maksud mengikut tafsiran kumpulan-kumpulan mengikut kepentingan mereka. Sepuluh maksud globalisasi dapat dikupas dan dikenalpasti hasil tinjauan kami:
1. Globalisasi bermaksud liberalisasi dan ekonomi bebas.

2. Ia bermakna pasaran terbuka dan proses kearah dunia tanpa sempadan.

3. Peluang dan kebebasan melabur bagi negara-negara yang sudah membangun.

4. Bagi negara-negara yang sedang membangun globalisasi bermaksud peluang menarik pelaburan asing.

5. Globalisasi bererti peluang mendapatkan sumber asli dengan harga berpatutan, tenaga kerja dengan kos rendah dan proses pengeluarlan dengan dayasaing yang tinggi

6. Globalisasi bermaksud proses memaju dan berkongsi informasi, pengetahuan dan teknologi.

7. Proses globalisasi memperkembangan budaya, pelancungan dan gaya hidup yang sama.

8. Globalisasi bererti proses mencari kerjasama dan bemaufakat mengatasi sengketaan politik antarabangsa.

9. Globalisasi boleh menegakkan sistem demokrasi dan hak asasi manusia, kezaliman pemerintah dan keganasan terhadap rakyat.

10. Proses globalisasi boleh membenteras masalah kemiskinan, gejala sosial, penyakit-penyakit dan mengatasi gejala malapetaka apabila ianya berlaku.

Globalisasi adalah proses berterusan

Globalisasi adalah satu proses integrasi tamadun manusia yang berterusan. Globalisasi bermula dengan kata dasar “globe” ataupun bumi. Oleh yang demikian proses globalisasi menunjukkan satu proses dimana dunia kita menjadi satu khasnya dari segi ekonomi. Semakin hari semakin terbuka sempadan negara-negara untuk dilawati dan perdagangan seboleh-bolehnya dijalankan tanpa sebarang halangan dan campur tangan pihak kerajaan.
Dunia hari ini sudah mulai jadi “kecil” bukan kerana saiznya sudah berkurang tetapi kerana perjalanan sudah menjadi mudah dan cepat. Maka tidak hairan sekiranya ada orang yang mengelilingi dunia dalam satu minggu. Ada orang bersarapan pagi di satu negara, makan tengah hari dinegara yang lain dan makan malam pula dinegara ketiga. Itulah dengan ringkasnya keadaan globalisasi hari ini.

Kesan Globalisasi

Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang baik yang telah memperkayakan kehidupan manusia. Kekayaan dunia sudah bertambah. Perjalanan sudah menjadi mudah dan pelancungan hari ini adalah salah satu industri terbesar didunia.
Banyak jenis penyakit yang dahulunya bahaya seperti tibi kini sudah menjadi penyakit yang senang diubati dan diatasi. Juga informasi, pengetahuan dan teknologi sudah meningkat sehingga manusia sudah sampai ke bulan.
Usaha memberi pertolongan dan bantuan dapat disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana alam sebagai banjir, gempa bumi dan gunung berapi dan lain-lain dengan cepat. Kebolehan ini juga dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana alam ini.
Walaupun sedemikian, pada tahun 1999, ketika satu sidang kemuncak antarabangsa besar di Seattle, Amerika Syarikat, ramai telah bangun menentang proses globalisasi ini. Ketika itu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa, iaitu World Trade Organisation (WTO) sedang mengadakan persidangan disitu. Persidangan WTO ini akhirnya gagal dijalankan akibat tercetusnya protes besar-besaran ini.
Hakikatnya sesuatu itu ada baik buruknya termasuk proses globalisasi ini. Protes ini telah membuka mata dunia mengenai kesan-kesan buruk globalisasi yang mulai merugikan rakyat biasa dan menjejaskan kehidupan mereka. Mereka yang terlibat dalam protes antarabangsa itu bukan orang-orang biasa yang sudah hilang akal fikiran. Mereka terdiri daripada para saintis, cendekiawan, pemimpin-pemimpin agama, pencinta alam, pertubuhan wanita, petani-petani, kaum asli, pekerja dan lain-lain golongan. Semua mereka ini memperjuangkan hal-hal kepentingan umum dan bukan kepentingan peribadi. Protes ini nampaknya adalah detik permulaan golongan menentang globalisasi yang semakin hari semakin bertambah. Apakah sebabnya keadaan menjadi sebegini?

Masalah Globalisasi



Globalisasi yang bersifat global merangkumi pelbagai aspek dari ekonomi sehingga budaya dan meliputi seluruh pelosok bumi. Tinjauan PENITA menunjukkan bahawa proses globalisasi sudah melebihi batasan kebaikannya. Kini ianya sudah menyerong mengambil jalan negatif. Pesongan proses globalisasi menuju ke arah negatif didorong oleh tiga sebab yang utama.
Pertama adalah kerana nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah bagi menguasai pasaran. Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Ketiga-tiga aspek ini nampaknya sudah menjadi prinsip utama proses globalisasi ini. Mari kita menganalisa keadaan ini dan mengupas erti sebenar globalisasi dan masalah-masalah yang timbul akibatnya?
Pertama tujuan asas globalisasi membuka ruang mencari keuntungan dengan konsep liberal dan ekonomi bebas . Apa yang diusahakan melalui liberalisasi dan ekonomi bebas adalah usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan yang diberi kepada pengusaha dan pedagang tempatan. Ini bertujuan mewujudkan satu keadaan saingan bebas di peringkat antarabangsa.
Pada dasarnya ini adalah usaha yang baik sekiranya semua negara ada pada satu tahap kemajuan dan kebolehan yang sama. Pada hakikatnya keadaan hari ini bukan sebegitu. Negara-negara yang sudah membangun mempunyai jauh lebih daya keupayaan dengan teknologi canggih, modal yang cukup, kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi khasnya mengenai pasaran yang serba lengkap. Justeru itu bagaimanakah negara-negera sedang membangun dapat bersaing?
Misalnya seperti dalam permainan golf, pemain-pemain baru dan yang kurang mahir menguasai permainan diberi “handicap” supaya pemain baru dan kurang berupaya boleh main dengan saingan yang lebih adil. Malangnya apa diusahakan melalui globalisasi adalah penghapusan “handicap” perdagangan dan membesarkan lagi jurang ketidakadilan ekonomi antara negara-negara yang sudah membangun dengan negara-negara yang sedang membangun. Ketidakadilan ini sekianya tidak diatasi akan meleluasa sehingga menjadi ciri utama tamadun dunia kita. Inilah aspek pertama yang diperjuangkan oleh kumpulan yang menentang globalisasi.
Mereka mahukan supaya wujudkan satu system “handicap” perdagangan dalam sistem liberalisasi dan ekonomi bebas yang boleh wujudkan keadaan persaingan yang lebih adil seperti dalam permainan golf.
Kedua, proses globalisasi ini memerlukan ruang dibuka untuk menguasai pasaran. Dengan itu, konsep pasaran terbuka (free market) dan dunia tanpa sempadan (borderless world) dikemukakan dan dipraktikkan. Apa yang diusahakan adalah untuk menyeragamkan peraturan – peraturan pengurusan pasaran tanpa kawalan pihak berkuasa. Lantas seperti dunia tanpa sempadan. Usaha ini giat dijalankan melalui APEC (Asia Pacific Economic Caucus) dan WTO (World Trade Organisation).
Pasaran terbuka dan dunia tanpa sempadan adalah konsep baik seperti rumah terbuka tanpa pagar. Keadaan ini hanya boleh dipraktikan didalam keadaan tamadun dunia yang serba ada, yang adil dan saksama, aman dan damai.
Dalam dunia dimana tujuannya adalah menguasai pasaran, maka akan timbul pula gejala monopoli dan saingan kurang sihat dalam pasaran. Inilah apa kita alami sekarang. Justeru itu kita perlu pagar dan juga kunci rumah bagi melindung diri dari pencerobohan ini. Kita boleh membuka rumah dan memberi kebenaran masuk kepada kawan sekiranya kita mahu.
Pendek kata apa yang diperjuangkan oleh kumpulan menentang globalisasi adalah supaya jangan kita gadaikan hak kita semata-mata mahu mencari keuntungan dan kekayaan. Sudah tentu kita mesti berwaspada dengan APEC, WTO dan lain-lain institutsi antarabangsa yang inginkan globalisasi. Ini adalah untuk kepentingan negara-negara maju dan bukan bagi negara-negara sedang maju seperti Malaysia.


Ketiga, demi mencapai hasrat membuka ruang pelaburan asing dan modal asing sebagai strategi utama pembangunan ditawarkan oleh negara-negara maju kepada negara-negara membangun. Keadaaan ini juga akan menjamin kuasa mereka dapat diperluaskan khasnya keatas negara-negara sedang membangun. Pelaburan dan modal asing ditawarkan dengan syarat-syarat tersendiri.
Pendekatan tambahan tawaran negara-negara maju terutamanya melalui bantuan pembangunan, iaitu official development assistance sebenarnya untuk mengukuhkan pengaruh.. Disebalik tirai kononnya untuk membina keupayaan dan memindah teknologi (capacity building and technology transfer), pengaruh dan kuasa oleh negara-negara sudah bangun keatas negara-negara sedang membangun dijalankan.
Ramai penentang globalisasi berpendapat bahawa pelaburan asing, pinjaman modal, tawaran bantuan bagi membina keupayaan dan usaha pindah teknologi negara-negara membangun kepada negara-negara sedang membangun adalah kata-kata indah. Pengalaman telah menunjukkan jarang dikotakan. Malah semua ini sudah menjadi helah dan strategi bukan sahaja meluaskan kuasa ke atas negara-negara membangun tetapi untuk menjajah negara-negara tersebut. Banyak negara-negara terjerat dalam strategi ini menjadi negara terhutang dan negara yang bergantungkan kepada bantuan semata-mata. Mereka tidak bebas dalam ertikata sebenar. Mereka sudah dijajah ala baru iaitu melalui ekonomi.

Kesannya globalisasi terhadap kaum wanita

Sememangnya globalisasi sudah melebihi batasan kebaikannya dan kini terpesong didorong tiga sebab yang utama. Pertama adalah nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah bagi menguasai pasaran. Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Dalam keadaan ini sudah ternyata golongan yang menerima kesan negatif nampaknya kaum wanita.
Nafsu mencari keuntungan telah mendorong globalisasi menumpukan perhatian keatas kaum wanita. Kaum wanita seboleh–bolehnya dididik, mengasuh dan dipengaruhi menjadi pengguna yang boros. Ego dan nafsu mereka diapi-apikan supaya mereka jadi pengguna yang tidak lagi waras dalam pemikiran. Mereka ikut seruan hati lebih daripada pemikiran otak. Wanita dijadikan manusia satu dimensi bertagih kepada membeli-belah sebagai satu keperluan hidup.
Bagi menguasai pasaran, proses globalisasi juga telah menumpukan perhatian kepada kaum wanita. Kaum wanita dieksploitsikan dalam iklan-iklan mempromosi jualan barang-barangan dan perkhidmatan. Kaum wanita diperalatkan sebagai objek seks. Nafsu kaum wanita diapi-apikan bagi mencari kekayaan dengan senang melalui kerja-kerja luar batasan moral. Ini adalah satu strategi memperluasan pasaran mereka khususnya dalam bidang hiburan, berjudian dan sebagainya. Dengan tidak langsung tonjolan ini memberi kaum wanita satu watak steorotype yang merendahkan kedudukan serta martabat mereka dengan kaum lelaki.
Bagi meperluaskan kuasa pula proses globalisasi menawarkan pekerjaan dan bantuan kepada kaum wanita. Kaum wanita dipandang sebagai punca tenaga kerja yang murah dan mereka boleh membuat kerja halus saperti dikilang memasang alat-alat cangih dan sebagainya. Eksplotasi pekerja-pekerja wanita sememangnya wujud. Proses globalisas ini juga mengakibatkan kuasa kesatuan-kesatuan sekerja yang dapat memastikan kebajikan para pekerja berkurangan.
Dengan timbulnya budaya gaya hidup kaya raya ramai keluarga terperangkap dalam budaya hidup dimana suami-isteri terpaksa kerja bagi menampung gaya hidupan ini. Dalam proses ini kaum wanita terpaksa pikul kerja dan tanggungjawab bertambahan. Mereka bukan sahaja bekerja penuh masa tetapi terpaksa uruskan hal rumahtangga dan jaga kepentingan keluarga. Pendek kata kesan globalisasi adalah lebih ketara dialami oleh kaum wanita daripada kaum lelaki dari segi tanggungjawab, kerja tambahan dan menjaga kesejahteraan keluarga.

Dalam hal ini kaum wanita dan kaum lelaki mesti sedar kesan-kesan negatif globalisasi dan mengambil tindakan bersama memperjuangkan keadilan jantina dan memajukan kesan-kesan positif globalisasi. Kaum lelaki dan masyarakat perlu bangun dan mengkaji semula pegangan hidup dan peranan mereka bersama kaum wanita dalam era globalisasi yang sedang kita harungi.