Khamis, 29 Mac 2012

~ PeNguRuSaN SiSa PePeJaL ~











Kepesatan Pembangunan yang semakin rancak di Malaysia




Pertambahan penduduk yang membimbangkan

          Kepesatan pembangunan dan peningkatan kadar urbanisasi di Malaysia telah memberi satu kesan tersembunyi dalam skenario masyarakat hari ini iaitu penghasilan sampah sarap domestik. Keadaan ini menuntut komitmen yang berterusan khususnya pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan sistem pelupusan sisa pepejal domestik yang efektif. Walaubagaimanapun, komitmen ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan semata-mata, malahan ia memerlukan perhatian dan kerjasama seluruh masyarakat bagi memastikan keberkesanannya.

Berdasarkan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) 2007, (Akta 672), sisa pepejal termasuklah apa-apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses. Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak dan apa-apa bahan lain yang mengikut akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan.
Pengurusan sisa pepejal pula ditakrifkan sebagai suatu pengurusan yang berkaitan dengan pengendalian penjanaan, penyimpanan, pemungutan, pemindahan dan pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sisa pepejal yang berkesan dan teratur di mana ianya mengambil kira kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan , pemuliharaan, estetika dan mempertimbangkan kesan kepada alam sekitar termasuk juga tanggungjawab terhadap sikap masyarakat.
Penglibatan secara umum di kalangan masyarakat merupakan suatu prasyarat untuk kejayaan sesuatu polisi atau keputusan  yang dibuat dan menjadi dasar untuk satu urus tadbir alam sekitar yang telus, terbuka serta demokratik (Era Hijau, 2007). Penyertaan masyarakat ini merupakan penglibatan atau menceburkan diri dalam apa-apa aktiviti alam sekitar tanpa sebarang paksaan atau secara sukarela. Di samping itu, penglibatan masyarakat terhadap sesuatu pengurusan alam sekitar misalnya pengurusan sisa pepejal akan berupaya membantu kerajaan mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan dengan mengambil kira pendapat, nilai, idea dan maklumat mengenai suasana persekitaran secara langsung daripada pihak masyarakat sendiri.


Sampai bila kita hanya bergantung kepada tapak pelupusan sampah???




R&D yang lebih banyak seharusnya dijalankan oleh pakar-pakar khususnya dalam bidang akademik. :)




Kitar semula merupakan salah satu jalan alternatif yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.




Pengkomposan??? kaedah ini juga sepatutnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk membendung masalah sisa pepejal ini.

sampai jumpa lagi di lain entry. insyaAllah...
salam jumaat =)

 

0 ulasan:

Catat Ulasan