Khamis, 29 Mac 2012

~ SiSa PePeJaL iTu SaMPaH ~



PUTATAN: Penduduk Kampung Petagas di sini digesa untuk meningkatkan kesedaran mengenai tahap kebersihan lebih-lebih lagi masalah pembuangan sampah di kawasan itu.

          Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata penduduk di situ seharusnya menanam sikap kerjasama bagi memastikan kebersihan terus terpelihara dan tidak membiarkan masalah sampah sarap berleluasa tanpa pemantauan.

          Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas berkata demikian ketika mengulas lokasi pembuangan sampah di kampung berkenaan yang tidak terjaga dan sehubungan itu, beliau menggesa ketua kampung dan ahli jawatankuasanya mengadakan perbincangan segera bagi mengatasi masalah berkenaan.

          Tempat pembuangan sampah yang tidak jauh dari lokasi Dewan Serbaguna Petagas itu kini semakin berselerak dan perlu diambil tindakan segera.

          “Kita mahu menasihatkan para penduduk agar bersikap menjaga kebersihan. Masalah pembuangan sampah secara berleluasa sehingga mengotorkan kawasan ini boleh menjejaskan imej.

          “Lantaran itu, kita menggesa agar ketua kampung dan penduduk di sini mengadakan mesyuarat segera bagi mencari tempat baru dan meminta kerjasama Majlis Daerah Putatan untuk memungut sampah-sampah bertaburan ini,” katanya.

          Menjawab pertanyaan sama ada sampah di situ adalah perbuatan masyarakat luar kawasang kampung terbabit, Yahya berpendapat ia bersangkut paut dengan sikap penduduk di situ kerana gagal mengamalkan sikap mengutama kebersihan.

          “Orang luar tidak akan datang ke mari untuk membuang sampah mereka selagi penduduk mengamalkan kebersihan di samping tidak membiarkan kawasan pembuangan sampah berselerak,” katanya.

          Tegasnya, beliau sudah berulangkali memberi peringatan kepada penduduk khusus bagi di daerah berkenaan untuk menanam sikap menjaga kebersihan demi menaikkan imej Putatan sebagai kawasan bersih dan selamat dikunjungi.

          “Saya sudah berulangkali mengingatkan penduduk (Putatan) untuk menjaga kebersihan kerana mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa kawasan ini bukan untuk membuang sampah sesuka hati,” katanya ketika melakukan lawatan ke Kg Petagas kelmarin.


          Dalam lawatan itu, Yahya turut berkesempatan menyempurnakan Majilis Penyerahan Bantuan Zink dan Beruti kepada mangsa ribut baru-baru ini, Saiman Duli, di kediamannya.
Peruntukan berkenaan adalah di bawah Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Putatan sebanyak RM1,000.

1 ulasan:

Mohammad Tahir Mapa berkata...

kenapa ndak terus ni....

Catat Ulasan